MESEJ DARIPADA GURU BESAR ENCIK CHONG YOCK SANG
Syabas dan penghargaan kepada webmaster sekolah ini kerana berjaya mempamerkan laman web yang berfungsi menyampaikan maklumat sekolah kepada semua yang prihatin kepada perkembangan sekolah ini. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Serdang Baru 2 ditubuhkan pada tahun 1967. Dalam perkembangan selama 42 tahun kebelakangan ini, pihak sekolah telah mendapat sokongan padu daripada Lembaga Pengelola Sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru, Persatuan Murid-Murid Tua, ibu bapa dan komuniti setempat yang prihatin terhadap pendidikan. Oleh itu, pelajar sekalian perlu mengenang dan membalas jasa tersebut dengan rajin menimba ilmu. Dalam bidang akademik, kita perlu lebih berusaha untuk memastikan bahawa kesungguhan guru menyampaikan pelajaran dan kerajinan pelajar menimba ilmu pengetahuan wujud demi kecemerlangan sekolah. Para pelajar pula dituntut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam usaha mewujudkan generasi bestari dan berdaya saing. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam menguasai ilmu amat diperlukan. Demi keseimbangan perkembangan fizikal dan mental, pihak sekolah amat menggalakkan pelajar berkecimpung dalam kegiatan kokurikulum. Kejayaan sekolah dalam perlbagai bidang sukan turut menyerlahkan nama sekolah dalam pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Dari segi akhlak, pelajar diingatkan sentiasa mematuhi moto dan peraturan sekolah. Pelajar-pelajar mesti menghargai serta mengamali nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian supaya tidak mudah dipengaruhi unsur-unsur yang akan rosak akhlak. Sekiranya pelajar menghargai nilai-nilai bersopan santun, mematuhi ketetapan masa, bertanggungjawab dan selalu menghargai maruah diri, akhlak pelajar pasti dapat ditingkatkan. Pendidikan sememangnya memerlukan pelbagai perubahan yang seiring dengan arus pembangunan supaya dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan dan berkemampuan menghadapi cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi. Bagi mencapai matlamat ini, guru dan pelajar perlu berfikiran luas dan futuristic, sedar dan dapat bergerak balas terhadap segala perubahan yang berlaku kesan daripada arus globalisasi. Pengurusan dan pengajaran di sekolah kita terus diuruskan dengan menggunakan Komputer. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada sokongan Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG serta semua warga sekolah dalam usaha meningkatkan infrastuktur terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Cabaran zaman teknologi maklumat tidak harus dipandang enteng. Saya berharap semua pihak bersatu padu dan terus berusaha demi kecemerlangan Serdang Baru 2. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga Serdang Baru 2! "Serdang Baru 2 Terbilang!", sekian terima kasih.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam