TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010
(PIPP)
1. Membina Negara Bangsa
(PIPP)
1. Membina Negara Bangsa
Dengan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
2. Membangunkan Modal Insan
Dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Melalui peluasan program prasekolah, pemantapan kepimpinan pengetua / guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
4. Merapatkan Jurang Pendidikan
Dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.
5. Memartabatkan Profesion Keguruan
Melalui menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
6. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Dengan pemilihan guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.