SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SJK(C)SERDANG BARU 2 ☆★ WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF SJK(C) SERDANG BARU 2

VISI SEKOLAH:SJKC SERDANG BARU 2 AKAN MELAHIRKAN GENERASI YANG BERKUALITI DAN CEMERLANG☆★

12 MEI 2009 : TAHNIAH KEPADA SEKOLAH KERANA MENJADI NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI SELANGOR - PESERTA:LIEW QIAO ER,HOH WAN QI,PRISCILLIA CHEN YING XIN DAN TAN SHI EN

19.4.09

Unit Bimbingan


Unit Bimbingan Sekolah

Objektif :
Perkhidmatan Bimbingan ialah perkhidmatan yang disediakan khusus untuk menolong dan membimbing para pelajar yang mempunyai masalah dalam proses pertumbuhan dan perkembangan diri sendiri untuk mencapai matlamat hidup.

Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk menolong murid:

(1)Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

(2)Membuat penyelesaian peribadi, sosial, akademik, emosi, dan kerjaya di dalam dan luar sekolah.

(3)Mendedahkan bakat, minat, dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.

(4)Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan-persoalan yang dihadapi.

(5)Membentuk tabiat pelajar dengan baik dan berkesan.

(6)Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi warganegara yang berguna.

(7)Merancang masa dengan sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.

WAKTU PERKHIDMATAN
ISNIN-JUMAAT
7:15 PAGI hingga 6:40 PETANG
 
blog template by dynabook.com : header image by Dynabook's Jessie